innovative joining solutions
Rivet Suapan Hembusan
'Direka bentuk bagi memenuhi tahap kebolehpercayaan yang tinggi dalam persekitaran pengeluaran yang sukar'
Modul Suapan Hembusan RivTrans
Sistem pindahan rivet longgar Henrob adalah ideal bagi aplikasi rivet berjumlah tinggi di mana secara ekonomiknya lebih menarik bagi suapan berterusan. RivTrans direka bentuk untuk memenuhi kebolehpercayaan tahap tinggi dalam persekitaran pengeluaran yang sukar menggunakan kepintaran terbina dalaman bagi pengenalpastian kerosakan dan pemulihan kendiri. Penggunaan bahagian-bahagian yang boleh ditukar dengan pantas mengurangkan penyenggaraan dan masa kerja terhenti.
Sistem yang standard dikonfigurasi menggunakan unit storan rivet besar, titik pemisahan bagi memuatkan satu rivet tunggal ke dalam tiub penyampaian fleksibel, tiub penyampaian ke penetap rivet, dan muncung pintar pada alat bagi menerima dan mengesahkan bahawa rivet berkenaan dimuat dengan betul.
Ciri-ciri Sistem
  • masa kitaran efisien (biasanya 2-3 saat)
  • menyuapkan pelbagai kepanjangan rivet (4mm hingga 12mm)
  • boleh menyuapkan rivet pada jarak yang jauh jika perlu - melebihi 30 meter
  • tiub penyampaian tahan lusuh
  • pengesanan terus rivet dalam tiub penyampaian dan dalam muncung
  • dua pilihan suapan – dua jenis rivet berbeza ke satu alat tunggal
  • pilihan suapan berkembar – satu jenis rivet ke dua atau lebih alat
  • diadaptasikan kepada sama ada penetap hidraulik atau elektrik
  • sesuai dengan alat rivet muatan robot yang berfungsi dalam sebarang permukaan (tertakluk kepada batasan gerakan tiub penyampaian)
  • boleh beroperasi melalui penukar alat robot
  • beroperasi pada tekanan udara rendah – 2 hingga 3 bar
Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut

Suapan Magazin RivTrans™
Oleh kerana penggunaan teknologi HSPR pada barisan pengeluaran robotik telah meningkat, maka keperluan bagi kebebasan pergerakan alat dan masa kitaran lebih pantas turut meningkat.
Sistem Suapan Magazin RivTrans Henrob membolehkan sesuatu alat untuk dikenakan kuantiti rivet yang mencukupi agar sepadan dengan kitaran pengeluaran. Alat-alat dilengkapkan dengan magazin storan yang dicaj semula pada selang yang dipra-tetap, contohnya, apabila sesuatu robot bergerak ke kedudukan terletak. Semasa operasi, tiub penyampaian dihentikan dan alat dipisahkan daripada sumber bekalan rivetnya.
Ketiadaan tiub penyampaian yang disambung secara kekal meningkatkan kebolehpercayaan dan akses alat kepada komponen. Ia juga menyediakan produktiviti lebih tinggi dengan meningkatkan masa kitaran berbanding alatan suapan hembusan sehingga melebihi 50%.
Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut

Modul Suapan Stad RivTrans™
TStad tebukan diri berbenang disuapkan hanya menggunakan kaedah suapan hembusan. Alatan boleh berbentuk manual, kekaki, atau robotik dengan suapan boleh dilakukan pada sebarang satah. Mod dua suapan tersedia apabila dua saiz benang stad berbeza boleh disuapkan ke alat tetapan tunggal.
Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut