![]() ![]() |
|
Pegangan Tangan |
|
'Alatan berkenaan mempunyai reka bentuk modular, yang membolehkan pilihan-pilihan pertukaran alatan'
Alat berkuasa bateri pegangan tangan RivLite direka bagi situasi di mana kemudahalihan penuh diperlukan, seperti aplikasi lapangan atau pembaikan di tapak. Alat berkenaan mempunyai reka bentuk modular, yang membolehkan pilihan-pilihan pertukaran alatan seperti rangka-C dengan saiz berbeza, muncung bagi rivet berdiameter 3mm atau 5mm dan muncung khusus bagi menetapkan stad tusukan diri berbenang. Alat pembuka rivet juga tersedia untuk memudahkan pembaikan seperti penggantian panel dalam sesebuah kenderaan.
Rivet dalam pita diindeks secara manual ke dalam muncul dan suis pelepas mudah menetapkan rivet berkenaan. Penggerak berkuasa tinggi RivLite mampu memasang kesemua rivet Henrob. Pemegangnya boleh diletakkan pada 4 tempat, dan rangka-C boleh berputar 360 darjah. Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut. |
|
|
© Hak cipta 2004. Semua hak terpelihara. Semua hak cipta dan tanda niaga lain adalah diiktiraf. Laman ini boleh diakses mereka yang kurang upaya, akses Tahap AAA. |
|